1.0 PENDAHULUAN
Pada era modenisasi ini, industri pelancongan merupakan salah satu industri terpenting dalam menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia. Hal ini kerana, industri ini mampu menggerakkan perkembangan pelbagai sektor ekonomi yang lain seperti pembinaan, pengangkutan, perhotelan, makanan dan lain-lain perkhidmatan. Terdapat pelbagai produk pelancongan yang ditawarkan di Malaysia kepada pelancong tempatan dan pelancong antarabangsa. Walau bagaimanapun, didapati sebahagian daripada produk-produk dan aktiviti pelancongan sedia ada masih belum dimajukan sepenuhnya.
1.1 Definisi Pelancongan
Pelancongan dan melancong merujuk kepada maksud yang berbeza mengikut perspektif masing-masing. Menurut kamus dewan, pelancongan berasal daripada perkataan lancong atau melancong yang membawa maksud melawat sambil melihat-lihat. Pelancongan dan melancong merujuk kepada maksud yang berbeza mengikut perspektif masing-masing. Menurut kemus dewan, pelancongan berasal daripada perkataan lancong atau melancong yang membawa maksud melawat sambil melihat-lihat. Seterusnya, pelancongan di dalam bahasa Inggeris bermaksud sebagai tourism yang juga berasal daripada Latin iaitu tornare dan juga Greek iaitu tornos manakala melancong pula dimaksudkan sebagai travel atau journey. Wujud definisi lain yang cuba memberi penjelasan secara mendalam mengenai melancong juga diertikan sebagai niat meninggalkan tempat tinggal untuk menuju ke destinasi dengan tujuan tertentu dan berhasrat untuk kembali semula ke tempat asal. Manakala pelancong pula difahamkan sebagai orang yang bermusafir ke sesuatu tempat dengan tujuan tertentu dan tidak bertujuan untuk berhijrah atau bekerja di tempat tersebut.
Oleh itu, pelancong dapat dijelaskan sebagai seseorang yang meninggalkan rumah kediamannya untuk pergi ke sesuatu tempat dengan tujuan bercuti atau melancong. Manakala pelancongan pula dapat difahami sebagai satu industri yang memberi kemudahan kepada orang ramai untuk pergi melancong.
Malaysia semakin gah menempa nama di persada dunia kerana peningkatan ekonomi yang maju. Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Industri ini adalah antara perkara pembangunan yang diberi penekanan oleh seluruh dunia termasuk negara Malaysia kerana sumbangannya kepada ekonomi negara amat penting. Oleh kerana itu, sektor pelancongan di Malaysia telah diberi perhatian yang sangat serius oleh pihak kerajaan sejak beberapa dekad yang lalu. Industri pelancongan negara Malaysia telah berkembang dengan begitu pesat sekali. Malah, kepesatan perkembangan industri pelancongan bermula sejak Rancangan Malaysia Kedua. Pembangunan industri pelancongan di Malaysia kini mencapai tahap yang dapat dibanggakan.
2.0 PEMBANGUNAN SEKTOR PELANCONGAN DI MALAYSIA
Malaysia semakin gah menempa nama di persada dunia kerana peningkatan ekonomi yang maju. Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Industri ini adalah antara perkara pembangunan yang diberi penekanan oleh seluruh dunia termasuk negara Malaysia kerana sumbangannya kepada ekonomi negara amat penting. Oleh kerana itu, sektor pelancongan di Malaysia telah diberi perhatian yang sangat serius oleh pihak kerajaan sejak beberapa dekad yang lalu. Industri pelancongan negara Malaysia telah berkembang dengan begitu pesat sekali. Malah, kepesatan perkembangan industri pelancongan bermula sejak Rancangan Malaysia Kedua. Pembangunan industri pelancongan di Malaysia kini mencapai tahap yang dapat dibanggakan.
Kini industri ini telah menjadi salah satu di antara industri yang banyak menyumbang kepada sumber pendapatan negara iaitu menjadi penyumbang utama pendapatan wang asing negara, pendapatan pelancong, imbangan pembayaran, peluang guna tenaga, pembangunan industri sokongan dan pembangunan wilayah. Sumbangan utama industri ini mampu menjana ratusan industri lain yang bergantung secara langsung ataupun tidak langsung dengannya dan mewujudkan jutaan pekerjaan dan pembahagian pendapatan.
Kini, industri pelancongan menjadi semakin penting iaitu merupakan pemangkin dalam pembangunan ekonomi Malaysia serta banyak menyumbang kepada pendapatan dan pertumbuhan negara. Industri pelancongan sememangnya menjanjikan pulangan lumayan kepada sesebuah negara yang mempunyai sumber atau produk pelancongan yang pelbagai dan menarik. Ia mencakupi aktiviti-aktiviti ekonomi seperti perusahaan perhotelan, penginapan, pengangkutan, perkhidmatandan kemudahan infrastruktur. Industri pelancongan Malaysia mempunyai potensi yang meluas untuk meningkatkan mutu, tarikan dan keunggulan produk dan perkhidmatan pelancongannya setanding dengan destinasi pelancongan yang lain di kawasan Asia Tenggara dan dunia. Seterusnya, sektor pelancongan juga telah dapat membangunkan sesuatu kawasan yang kurang maju dan ketinggalan. Malah, penduduk tempatan juga dapat melibatkan diri dalam kawasan tersebut sekaligus membantu mengembangkan dan merancakkan ekonomi di kawasan tersebut dengan menjadi pengusaha restoran serta mampu menjadi pengusaha homestay.
Setiap tahun bilangan pelancong yang datang ke Malaysia semakin bertambah sama ada dari luar ataupun dalam, hal ini telah membangunkan aspek pengangkutan dan perhubungan pula, malah Malaysia kini mempunyai beberapa syarikat penerbangan murah dan turut membantu dalam mempromosikan pelancongan negara. Contohnya, Firefly, Air Asia dan Mas mampu menawarkan perkhidmatan tambang murah yang memberi kemudahan kepada orang ramai untuk pergi melancong ke destinasi mereka. Hal ini mampu menjana pertumbuhan ekonomi dengan mengalakkan orang ramai memilih untuk melancong ke destinasi pilihan domestik mereka.
Disini dapat disimpulkan, kerajaan telah memberi komitmen yang tinggi dalam membangunkan industri pelancongan negara. Hal ini dapat dilihat dengan peningkatan peruntukan kerajaan pada setiap tahun untuk membantu pembangunan pelancongan tersebut.
3.0 KEPENTINGAN SEKTOR PELANCONGAN TERHADAP PEMBANGUNAN NEGARA
Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di dunia. Saban tahun, jumlah pelancong yang direkodkan semakin bertambah bukan sahaja pelancong dari negara jiran malah turut menjadi tumpuan pelancong asing.Dengan peningkatan kemasukan pelancong tersebut, ekonomi negara dapat dibangunkan malah industri iini telah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ekonomi dan menjana pendapatan negara. Perkembangan industri pelancongan di Malaysia disebabkan oleh keadaan iklim semula jadinya yang panas sepanjang tahun serta pertumbuhan industri pelancongan menyumbang kepada pembangunan ekonomi melalui beberapa faktor yang berkait rapat seperti pengangkutan, penginapan, makanan dan minuman, hiburan dan membeli belah. Dalam meneliti sektor pelancongan di Malaysia secara sepintas lalu, penekanan diberikan kepada sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi negara berbanding sektor yang lain.
Antara kepentingan sektor pelancongan ialah kita dapat mempromosikan tempat pelancongan yang menarik di Malaysia misalnya bandar-bandar bersejarah yang terletak di negeri Melaka. Malah kini Melaka berusaha dalam memantapkan lagi destinasi pelancongan di negeri tersebut dengan mengadakan pelbagai persembahan yang diadakan di Kota A-Famosa, Bandar Comboy, Dunia Binatang Safari dan Dunia Air. Dengan kepelbagaian persembahan para pelancong dapat mengembangkan ilmu pengetahuan mereka dengan lebih meluas.
Seterusnya, pelancongan bukanlah sesuatu yang baru. Sejak dulu lagi sektor pelancongan ini telah menjadi nadi penggerak ekonomi negara Malaysia. Malah, industri pelancongan juga telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan seperti perusahanan restoran, peruncitan, penyediaan perkhidmatan pengangkutan dan penyediaan penginapan. Dalam rangka membangunkan industri tersebut banyak kawasan yang mempunyai keunikan tersendiri dibuka dan dimajukan untuk tujuan pelancongan. Malaysia amat bertuah mempunyai alam semulajadi yang indah, unik dan pelbagai seperti hujan tropika, iklim dan cuaca yang tidak melampau, banjaran gunung, pulau dan pantai serta pelbagai spesis flora dan fauna. Keindahan semulajadi disamping kisah lagenda yang tersendiri memberi keunikan kepada sesuatu kawasan untuk menjadi sebuah pusat peranginan yang terkenal di dunia. Mewujudkan sistem pengurusan zon bersepadu untuk menjamin pembangunan adalah salah satu rangka untuk mencapai kemajuan dan pembangunan kepentingan berterusan industri pelancongan di Malaysia. Malahan setiap perubahan akan mempengaruhi tindakan yang seterusnya.
Selain itu, industri ini dapat mempromosikan makanan setempat di negara kita. Makanan yang terdapat di Malaysia mempunyai keistimewaan yang tersendiri dimana kebanyakan makanan yang disajikan digemari oleh pelancong. Pelbagai aneka kuih dan makanan seperti rendang, ketupat, nasi lemak, capati, tosai dan sebagainya menjadi salah satu tarikan pelancong datang ke Malaysia. Hal ini dapat membantu mempromosikan nama Malaysia di persada dunia.
Seterusnya, industri pelancongan di Malaysia kini dilihat sebagai sesuatu yang dinamik, berubah dan bergerak dengan cepat dan kadangkala tanpa kita sedari. Perubahan ini bergantung kepada permintaan pelancong dimana peningkatan bilangan kedatangan pelancong merupakan aset utama dalam menentukan pencapaian industri pelancongan di sesebuah destinasi. Hal ini seterusnya dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang unik kepada dunia luar. Malaysia mempunyai penduduknya berbilang kaum dan etnik seperti kaum utama Melayu, Cina, India dan lain-lain. Kaum-kaum ini mempunyai adat dan keistimewaan tersendiri yang mampu menarik minat pelancong. Selain itu, secara tidak langsung mempromosikan warisan budaya masing-masing seperti wayang kulit, makyung, dikir barat dan kuda kepang. Malah pelbagai permainanan tradisional diberi peluang kepada para pelancong untuk mencuba seperti sepak raga, galah panjang, congkak dan batu seremban.
Secara keseluruhannya, peranan industri ini amat ketara bagi tempoh kebelakangan ini untuk mempromosikan Malaysia. Bagaimanapun, pelaburan modal yang besar perlu bagi memastikan kemajuan industri pelancongan Malaysia tidak terhenti. Kita mendapati bahawa peruntukan pembangunan pelancongan di Malaysia sentiasa meningkat sama ada untuk tujuan promosi ataupun pembangunan infrastruktur bagi usaha pembangunan jangka masa panjang.
4.0 CABARAN INDUSTRI PELANCONGAN
Walaupun industri pelancongan di negara Malaysia dianggap masih lemah, dinamik dan kompetitif, namun prospek kearah menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak yang lebih kukuh tidak dapat dinafikan. Dalam melaksanakan kerjasama ini, Malaysia sepatutnya bertindak sebagai satu entiti dalam mengenalpasti apakah cabaran dan halangan yang kritikal yang melambatkan proses kelancaran kerjasama Malaysia dalam bidang pelancongan dan seterusnya. Namun, dirasakan bahawa segala halangan dan cadangan tidak bermakna, sekiranya Malaysia tidak berupaya mengadakan pelbagai kerjasama yang ‘sihat’ dan ‘praktikal’ ataupun melakukan sedikit pergorbanan kecil demi kepentingan nasional dan kepentingan pada masa akan datang.
Beberapa tahun yang lalu, industri ini berdepan dengan pelbagai cabaran yang dilihat telah mengugat jumlah kedatangan pelancong dan penjanaan hasilnya sepanjang tahun lalu, kerana beberapa insiden yang berlaku dengan pencerobohan di Lahad Datu dan pesawat MAS, namun usaha yang dimainkan oleh Kementerian pelancongan telah berjaya meningkatkan keyakinan pelancong dari lain-lain negara untuk memilih Malaysia sebagai pelancongan mereka.
Antara cabaran yang dihadapi oleh industri pelancongan di Malaysia ialah persaingan dengan negara luar di mana setiap negara mempunyai keistimewaan mereka tersendiri. Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai tempat yang menarik. Dalam proses pembangunan destinasi pelancongan, pada fasa pembinaan biasanya akan wujud masalah daripada segi perkembangan dan pembangunan sektor pelancongan di Malaysia, peningkatan jumlah pelancong telah meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan seperti pengangkutan, penginapan, pemakanan, rekreasi, dan sebagainya. Kesemua ini telah membawa perubahan persekitaran yang adakalanya menjejaskan ekosistem kawasan. Disamping itu juga perubahan ini membawa kepada kos perbelanjaan yang tinggi. Justeru itu, kreativiti dan persediaan yang baik dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancong amat penting.
Disamping itu, kestabilan politik adalah salah satu faktor penting bagi menjamin kelangsungan industri pelancongan, Malaysia perlu mengekalkan konsep aman, bebas dan berkecuali bagi mengekalkan daya tarikan bagi menarik lebih ramai pelancongan asing. Hal ini amat penting kerana kesan ketidakstabilan politik terhadap industri pelancongan perlu dijadikan pengajaran tentang betapa pentingnya suasana keharmonian negara dalam pertumbuhan pelancongan. Kemerosotan industri pelancongan boleh berpunca daripada ketidakstabilan politik antarabangsa juga menggugat industri pelancongan.
Jika dilihat dari skop yang luas, pelancong yang ingin melancong ke sesuatu destinasi akan memilih tempat yang cantik dan bersih serta keindahan alam semulajadinya. Malaysia terkenal dengan pantai dan pulaunya yang bersih. Namun tidak bermaknalah jika tiada kesedaran dalam menjaga khazanah alam yang tidak ternilai ini. Maka, semua pihak haruslah memainkan peranan dalam menjaga persekitaran alam sekitar bagi menarik pelancong dan secara tidak langsung menjaga imej negara.
Seterusnya, kebudayaan tempatan semakin dilupai terutamanya anak-anak muda sekarang yang lebih mengutamakan budaya barat. Hal ini amat memberi kesan kepada sektor pelancongan di Malaysia kerana sesetengah pelacong yang datang ke sesuatu destinasi ingin merasai dan mempelajari sendiri tradisi negara tersebut. Antara tradisi di negara kita ialah seni silat, tarian tradisional, pakaian tradisional dan banyak lagi.
Hal ini sedikit sebanyak telah memberi cabaran kepada Malaysia untuk terus mengekalkan pembangunan sektor pelancongan.
5.0 SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA YANG DITAWARKAN UNTUK PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN
Industri pelancongan di negara ini telah terokai secara serius sejak beberapa dekad lalu. Pelbagai kemudahan infrastruktur yang lengkap, jaringan perhubungan yang baik dan hotel penginapan yang memenuhi permintaan menjadikan Malaysia sebagai tempat tumpuan para pelancongan dari seluruh dunia telah dibangunkan oleh pihak kerajaan. Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia (TDC) sebagai sebuah badan berkanun yang dipertanggungjawabkan untuk memajukan sektor pelancongan dan rekreasi negara telah membuka laluan yang lebih luas kepada industri pelancongan yang lebih terarah di negara ini. Malah penubuhan ini dapat meningkatkan bilangan pelancong yang disebabkan oleh pelbagai faktor contohnya kestabilan dan pengukuhan jaminan keselamatan (safety and security) oleh pihak kerajaan Malaysia (TDC). Keselamatan adalah aspek yang perlu dititik beratkan di dalam industri pelancong kerana ia merupakan jaminan asas kepada pelancong atau pelawat yang datang ke sesebuah destinasi.
Disamping itu, perancangan dan pengurusan produk-produk pelancongan sedia ada dan yang berpontensi perlulah dibangunkan secara sistematik dan tersusun bagi memastikan ianya mempunyai daya saing yang tinggi dan mampu menjadi tumpuan pelancong pada masa hadapan. Promosi pelancongan yang lebih menyeluruh dan berkesan di peringkat nasional dan antarabangsa perlu dibuat bagi meluaskan pasaran pelancongan sedia ada. Pendekatan yang berbeza perlu dibuat melalui promosi dengan memberikan penekanan dan fokus yang lebih kepada golongan sasaran.Usaha kerajaan untuk memantapkan lagi industri pelancongan diteruskan dengan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk meningkatkan industri pelancongan di Malaysia.
Dalam usaha meneruskan promosi Malaysia sebagai destinasi pilihan di rantau ini, sektor swasta digalakkan membangunkan produk dan perkhidmatan pelancongan yang inovatif untuk memenuhi permintaan pasaran yang berbeza serta membangunkan pasaran terpilih yang berpotensi. Bagi tujuan ini, peruntukan insentif akan dipertimbangkan untuk pembangunan produk khusus seperti eko-pelancongan, produk kebudayaan dan sebagainya. Bagi meningkatkan lagi sektor pelancongan, kerajaan akan terus membantu memupuk pakatan strategik.
Dalam usaha meneruskan promosi Malaysia sebagai destinasi pilihan di rantau ini, sektor swasta digalakkan membangunkan produk dan perkhidmatan pelancongan yang inovatif untuk memenuhi permintaan pasaran yang berbeza serta membangunkan pasaran terpilih yang berpotensi. Bagi tujuan ini, peruntukan insentif akan dipertimbangkan untuk pembangunan produk khusus seperti eko-pelancongan, produk kebudayaan dan sebagainya. Bagi meningkatkan lagi sektor pelancongan, kerajaan akan terus membantu memupuk pakatan strategik.
Kepentingan industri pelancongan di negara ini amat jelas berdasarkan sokongan yang diberikan oleh kerajaan terhadap sektor ini. Hal ini dibuktikan apabila kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk pembangunan pelancongan untuk tujuan pengindahan, kebersihan dan perlindungan alam sekitar, serta kemudahan dan infrastruktur. Di samping itu pihak kerajaan juga membelanjakan wang untuk memulihara tempat-tempat bersejarah, menaik taraf rumah-rumah rehat dan membina kemudahan awam dan mewujudkan landskap kawasan pelancongan.
Di samping galakan dan sokongan padu yang diberikan oleh pihak kerajaan, pembangunan pelancongan banyak bergantung pada sektor swasta terutamanya dalam mewujudkan pelbagai kemudahan untuk industri tersebut. Malahan sektor swasta telah dengan secara aktifnya menggerakakan pertumbuhan industri pelancongan di negara ini melalui pelaburan pembinaan hotel dan projek-projek yang berkaitan dengan pelancongan.
Agensi-agensi pelancongan juga boleh memainkan peranan dengan cara menawarkan pakej pelancongan yang berpatutan agar pelancong mudah tertarik dan tidak menghadapai masalah untuk berkunjung ke negara kita
6.0 LANGKAH-LANGKAH DAN USAHA UNTUK MEMBANGUNKAN INDUSTRI PELANCONGAN MALAYSIA
Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memaju dan membangunkan industri pelancongan diberikan penekan yang sewajarnya. Oleh itu pelbagai usaha boleh dilaksanakan untuk memajukan industri pelancongan tersebut sama ada oleh pihak kerajaan sendiri mahupun pihak yang berkaitan.
Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah membangunan industri pelancongan berasaskan alam semula jadi. Namun, banyak risikonya dan dengan itu pembangunan yang kukuh menjadi agenda utama yang perlu dilaksanakan secara bersunguh-sungguh. Pengekalan dan pemeliharan alam sekitar merupakan aspek yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya di dalam pembangunan. Faktor ini adalah penting supaya ianya dapat mengekalkan keaslian alam semulajadi bagi kepentingan pelancongan untuk masa panjang.
Jika ditinjau dari sudut yang lain, peningkatan dan penaiktarafan kemudahan sokongan pelancongan serta kemudahan asas di destinasi-destinasi pelancongan adalah merupakan perkara penting yang dilakukan supaya setiap produk pelancongan itu dapat menawarkan perkhidmatan yang baik kepada pelancong bukan hanya menawarkan produk pelancongan yang sedia ada sahaja. Perkara ini adalah kerana, kemudahan yang disediakan akan dapat memberikan keselesaan dan memberikan kepuasan kepada pelancong apabila melancong ke sesebuah destinasi.Menaiktaraf jalan raya sedia ada dapat memberikan perjalanan yang selesa kepada pelancong dan seterusnya dapat menggalakkan kedatangan pelancong ke kawasan-kawasan pelancongan tersebut.
Memandangkan keselesaan dan keselamatan merupakan faktor penting dalam industri pelancongan, usaha yang lebih giat akan diambil bagi memastikan Malaysia sebuah negara yang menyenangkan dan selamat untuk dikunjungi. Pada masa yang sama, negara akan menggunakan sepenuhnya kestabilan politik dan suasana harmoni antara etnik untuk meningkatkan imej negara sebagai destinasi mesra pelancong. Faktor keselamatan adalah perkara yang turut mempengaruhi kedatangan pelancong asing ke Malaysia. Pelancong yang rasional biasanya hanya akan memilih destinasi pelancongan yang selamat dan aman sahaja. Hal ini membuktikan bahawa factor keselamatan amat penting dan sebagai pemangkin untuk mengembangkan sektor pelancongan di sesebuah negara.
Seperkara lagi, satu daripada langkah-langkah untuk mempromosikan sektor pelancongan negara ini adalah kerajaan perlu menyediakan prasarana yang mencukupi, selesa, jimat dan mudah. Hal ini demikian kerana, kemudahan ini memudahkan dan memberikan keselesaan kepada pelancong. Sebagai contoh, kementerian pengangkutan bekerjasama dengan kementerian pelancongan untuk menyediakan perkhidmatan seperti bas dan teksi dengan kadar yang berpatutan serta cekap dan efisien. Pihak perhotelan pula seharusnya menyediakan penginapan hotel yang selesa dan mengenakan bayaran yang berpatutan. Syarikat pelancongan juga boleh menyediakan khidmat pemandu pelancong untuk membimbing atau melayan pelancong asing ketika mereka berada di Malaysia. Dengan itu, imej negara yang baik boleh ditunjukkan kepada pelancong.
Meninjau skop yang lebih luas, kerajaan dan rakyat Malaysia boleh bergabung tenaga untuk mengadakan kempen promosi pelancongan di dalam dan di luar negara. Kempen Cuti-Cuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia telah dijalankan setiap tahun bagi mempromosikan Malaysia. Rakyat Malaysia yang berada di luar negara yang melanjutkan pelajaran juga boleh menjadi duta kecil kepada Malaysia. Mereka boleh mempromosikan tempat-tempat yang menarik di Malaysia seperti Pulau Langkawi, Pulau Redang, Cameron Highland dan banyak lagi. Oleh itu, semua rakyat Malaysia memainkan peranan penting untuk memajukan industri pelancongan. Usaha mempromosikan negara ini juga boleh dijalankan melalui penggunaan teknologi kini seperti internet bagi menyebarkan maklumat tentang pelancongan di negara ini. Jadi, jelaslah penggunaan saluran yang betul dapat meningkatkan promosi pelancong di negara kita.
Peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan untuk memajukan industri pelancongan amat penting iaitu kerajaan haruslah mengadakan pelbagai promosi kepada pelancong. Hal ini dapat menarik minat pelancong untuk melancong ke negara.
7.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, penyediaan cadangan penyelidikan dan pembangunan perlu diberi perhatian sewajarnya keatas sektor pelancongan di Malaysia kerana ia dapat menyumbang pengetahuan baru dari segi perkembangan industri pelancongan kesejahteraan yang terdapat di Malaysia. Hal ini juga adalah perlu sebagai penduan dan pengetahuan kepada pihak perancangan yang semakin pesat dengan lebih baik dan terancang.Tidak dinafikan bahawa pelancongan mampu menjana pendapatan kepada sesebuah negara. Perancangan pembangunan dengan mengambil kira kepentingan ekosistem haruslah dilaksanakan dengan rapi dan bersepadu. Usaha mempromosikan negara Malaysia juga boleh dijalankan melalui penggunaan teknologi maklumat seperti internet melalui media sosial Facebook, Twitter, email dan blog bagi menyebarkan maklumat tentang pelancongan di negara ini. Penggunaan medium ini secara tidak langsung memastikan semua pelancong memperoleh maklumat yang tepat mengenai destinasi pelancongan menarik dan aktiviti pelancongan di Malaysia. Kejayaan industri ini tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan yang diiklankan sahaja tetapi juga bergantung kepada kempen dan promosi galakan yang diiklankan sahaja tetapi ia juga bergantung pada bahan cerita berdasarkan pengalaman para pelancong yang sudah melawat ke negara ini. Pihak berkepentingan hendaklah memahami dan memberi perhatian langsung terhadap faktor penentu kejayaan dalam sesebuah industri terutamanya industri pelancongan. Usaha daripada semua pihak perlu bagi meningkatkan industri pelancongan di Malaysia. Jadi, untuk menjadi negara yang maju dalam industri pelancongan memerlukan usaha yang berterusan dan sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia.
8.0 RUJUKAN
- Jahi, j. M. (2009). Pembangunan Pelancongan dan Impaknya terhadap Persekitaran Fizikal Pinggir Pantai. Malaysian Journal of Environmental Management , 71-88.
- Johan, M. (2013). Industri Pelancongan Malaysia Masih Berdaya Saing. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) , 1-4.
- Ling, N. G. (2012). Faktor yang mempengaruhi kunjungan ulangan pelancong. Malaysian Journal of Science and Space , 1-11.
- Salleh, N. H. (2016). Analisis Keperluan Tenaga Manusia dalam Industri Pelancongan di Malaysia. Malaysian Journal of Mathematical Sciences , 161-174.
- Sasmita, J. (2013). Pelancongan di Indonesia dan Malaysia: Satu Kajian Deskriptif. Prosiding Perkem VIII, JILID 3 , 1531-1535.
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Pelancongan
- http://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-malaysia
Wynn casino las vegas - Mapyro
ReplyDeleteA map showing Wynn 남양주 출장마사지 Casino Las Vegas, located in Las Vegas at 3131 통영 출장마사지 S 화성 출장마사지 Las Vegas Blvd, in Las Vegas at 3131 Las Vegas Blvd, in Nevada, United 부산광역 출장샵 States of America at 군산 출장샵 Mapyro